Sunday, November 17

Tuhan Harun "SESAT"

 


Wajah-wajah pengikut "Tuhan Harun"
Polis hari ini mengedarkan sebanyak 27 keping gambar ketua dan pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik, Ahad lalu



Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, setakat hari ini, hanya empat pengikut ajaran sesat itu hadir memberi keterangan iaitu pada Selasa dan Rabu lalu.

Menurut beliau, mereka yang dikehendaki merupakan ketua kumpulan itu, Harun Mat Saad, 47, dan pengikutnya, Mahni Harun, 12; Saufi Harun, 18; Lukman Harun, 20; Muhammad Harun, 21; Mohamad Ghazali Fitri Mohd. Azam, 25; Mohd Hafizuddin Mohd. Azam, 29, Mohd. Edzam Mohd. Mohd Nizam, 18, dan Norhafizah Mohd. Azam, 28, yang kesemuanya beralamat di Shah Alam, Selangor.

Turut dicari, katanya, Farhaien Othman, 22; Mohd. Tirmizi Othman, 17; Othman Abdullah, 48; Kheirus Ali, 47; Mohd. Shahril Mohd. Jaafa, 29, kesemuanya berasal dari Sungai Petani, Kedah serta Azida Mohd. Zol, 30; Mohd. Khalilie Zazali, 31; dan Pius Anahong @ Mahdi Abdullah, 40, yang beralamat di Gambang.

Selain itu, tambahnya, turut dicari ialah Khairul Amir Akasah, 34, (Putrajaya); Norhairi Harun, 41, (Seremban); Hashim Zakaria, 38, (Pasir Puteh, Kelantan); Husin Ismail, 33, (Bachok, Kelantan); Syahiszam Soid, 30, (Port Dickson); Mohammad Nazrul Zakaria, 38, (Kota Bharu, Kelantan), Mohd. Rozi Akasah, 38, (Bukit Katil, Melaka), Shamsulamri Abu Hassan, 44 (Kuantan); Sharizal Shamsuddin, 32, (Seri Kembangan, Selangor) dan Shuzliana Mokhtaruddin, 29 (Slim River, Perak).

Tambah beliau, polis percaya keterangan kesemua pengikut 'Tuhan Harun' itu penting bagi membantu pihaknya menjalankan siasatan kes pembunuhan tersebut.

"Jika tidak bersalah mereka jangan takut hadir ke balai polis. Kita harap mereka dapat tampil di mana-mana sahaja balai polis di seluruh negara untuk memberi keterangan.

"Orang ramai yang tahu mengenai individu ini juga boleh tampil kepada pihak polis atau menghubungi talian hotline 09-5142999 untuk memberi maklumat," katanya.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta sebanyak 31 pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan kes tembak tersebut.

No comments:

Post a Comment