HADIAH
perkahwinan berupa wang tunai yang diisi dalam bakul buluh
|
Hari ini seorang lelaki di Shanghai telah
memberikan bakal pengantin perempuannya wang tunai 8.88 juta yuan (RM4.6 juta)
semalam mencetuskan kemarahan kerana mempamerkan kekayaannya di negara
membangun itu.
Sebanyak 18 pelayan menghantar beberapa bakul dan
kotak berisi wang itu, yang semuanya seberat lebih 102 kilogram . Foto turut menunjukkan beberapa bakul buluh diisi
dengani not kertas 100 yuan (RM52.60) berwarna merah dengan gambar Mao Zedong,
bapa pengasas komunis di China.
Anggota rombongan pengantin lelaki muncul di
kediaman pengantin perempuan dengan deretan kenderaan mewah yang diketuai
kereta sport Maserati. Lonjakan ekonomi sepanjang satu dekad menyuntik
kekayaan di China, tetapi kebanyakan penduduk luar bandar dan penduduk bandar
yang miskin masih ketinggalan.
No comments:
Post a Comment