Monday, November 25

RM 1.2 Juta Nilai untuk Mahligai Zain Saidin dan Che Ta

 
 
 
Pasangan romantis dan popular Zain Saidin dan Rozita Che Wan menamatkan teka teki tarikh perkahwinan mereka apabila mengumumkan 11 Disember ini sebagai hari disatukan sebagai suami isteri.

Zain, 29, dan Rozita, 40, memilih Gazebo Setia City Convention Centre, Shah Alam sebagai lokasi hari terindah pernikahan mereka yang mana akan dilakukan selepas solat maghrib sekitar jam 7.30 malam. Sebelum diijabkabulkan, majlis berinai akan dibuat pada 10 Disember di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 8 malam dan ia akan disiarkan di saluran Astro Ria yang menjadi penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan. Majlis resepsi kedua-dua pasangan ini akan diadakan di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre pada 13 Disember.
 

 
 

 
 Mereka bakal menjadikan perkahwinan mereka sebagai "Wedding Of The Year 2013" selepas menerima tajaan sebanyak RM1.2 juta untuk hari bahagia mereka tidak lama lagi. "Saya terharu apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagia kami dan pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang sudi menaja majlis berinai, akad nikah dan resepsi kami.
 
Tambah Zain, dia juga akan memberi wang hantaran berjumlah RM100 ribu kepada bakal isterinya itu. Pelakon berusia 29 tahun itu turut memberitahu dia akan memberi RM100 ribu kepada Rozita, 40, sebagai wang membeli-belah kerana ingin melihat bakal isterinya itu gembira dan berpuas hati apabila dapat membeli apa sahaja yang diingininya. Sebelum ini , pasangan itu telah membelanja lebih RM200 ribu untuk membeli barang hantaran di luar negara iaitu di Paris dan London.

No comments:

Post a Comment