Manfaat Keju
|
KALAU
disebut sahaja tentang keju, pasti ramai yang teringatkan iklan popular makanan
itu yang pernah disiarkan di kaca televisyen suatu masa dulu. Antara dialog
popular iklan itu tentunya, “Satu hari seorang pengembara membawa susu
merentasi padang pasir. Dalam perjalanannya, dia mendapati susu itu telah
bertukar menjadi keju.”
Pakar
Dietetik dari California, Prof. Grace Lellment memberitahu sama seperti susu,
golongan kanak-kanak adalah mereka yang mendapat khasiat besar daripada keju. Sebagai
contoh katanya, keju keras seperti chedar, setiap 100 gramnya membekalkan 36
peratus protein, 80 peratus kalsium, 34 peratus lemak dari jumlah keperluan
gizi yang dicadangkan untuk sehari.
Walaupun
iklan tersebut hanya mengambil masa beberapa minit waktu siaran di kaca TV,
namun yang pasti ia meninggalkan kesan besar kepada kebanyakan penonton
terutamanya kanak-kanak.
Ia
bukan sahaja menunjukkan kepada kita bagaimana keju dihasilkan, tetapi mesej
iaitu keju berasal daripada susu yang cukup jelas memberitahu betapa makanan
pejal itu adalah santapan cukup berkhasiat.
Berasal
daripada susu menjadikan keju sumber penting membekalkan karbohidrat, kalsium,
protein, lemak, vitamin dan mineral. Walaupun selalunya bagi mereka yang
berdiet, keju menjadi menu yang perlu dijauhi, namun dengan segala khasiat yang
disediakan keju, pakar pemakanan mengakui keju boleh diambil tetapi dalam
kuantiti yang sederhana.
Mozarella, Emmental, Cheddar dan lain-lain |
“Keju
adalah satu lagi produk susu tetapi hadir dalam bentuk pejal. Tidak semua
kanak-kanak sukakan susu, tetapi ramai yang tertipu apabila diberikan keju. “Keju
membantu ibu bapa membekalkan khasiat yang terkandung dalam susu untuk
anak-anak mereka,” kata Lellment.
Namun,
katanya, mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat yang disediakan keju
sebenarnya jauh lebih tinggi daripada susu. Kandungan protein misal, 100 gram
keju rata-rata mengandung 22.8 gram protein, sedangkan susu segar hanya 3.2 per
100 gram. Begitu juga dengan kandungan kalsium, keju mengandungi 777 miligram
(mg) tetapi susu segar hanya sekitar 143 mg setiap 100 gram berat bahan. Beberapa
hasil kajian mendapati keju dapat mengurangkan gejala sindrom pra menstruasi
dan memperkuat tulang. Kandungan pelbagai mineral yang tinggi pada keju sangat
baik untuk melindungi gigi daripada karies.
Malah,
terdapat beberapa kajian yang diutarakan oleh pakar pemakanan, keju yang
berbeza menyediakan fungsi atau manfaat pada tubuh yang juga berbeza. Keju
mozzarella contohnya, mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding keju jenis
lain. Ramai yang biasanya memilih mozzarella untuk menurunkan berat badan
sedangkan keju jenis ini lebih baik untuk pembentukan otot.
Keju
kotej pula agak lembik dan berwarna keputihan. Tetapi dengan pelbagai zat yang
baik untuk ereksi tubuh, pakar pemakanan menyatakan keju kotej baik untuk
meningkat hubungan seks. Keju
chedar atau keju pejal mempunyai kandungan lemak yang agak tinggi. Selain
menguatkan tulang, dan menyediakan sumber vitamin, keju jenis ini disimpulkan
baik untuk tenaga. Lantaran
khasiat dan keenakan itulah, walaupun keju sebenarnya berasal dari Timur
Tengah, masyarakat Barat adalah antara yang paling tinggi menikmati keju.
No comments:
Post a Comment