Sunday, December 22

Jom Sambut Tahun Baru 2014 di PICC Putrajaya

 
 
Menjelang sambutan tahun baru 2014, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ingin memberikan sentuhan baru yang lebih mesra dengan menganjurkan Sambutan Tahun Baru 2014 @PICC pada 31 Disember 2013.
 Ini merupakan julung kali acara sebegini diadakan di PICC. Bermula seawal jam 10.00 pagi, Bazar @PICC akan berlangsung di foyer aras Concourse dan akan berlanjutan sehingga jam 12.00 tengah malam. Bazar ini akan diadakan selama dua hari bermula dari 31hb Disember 2013 sehingga 1hb Januari 2014. Walaubagaimanapun pada malam tahun baru akan diceriakan dengan pelbagai acara menarik untuk seisi keluarga seperti persembahan terbuka dan percuma dari kumpulan ‘Buskers & Clown’.
 
Pada sebelah malamnya, acara kemuncak akan berlangsung di Dewan Plenary bermula jam 9.00 malam. Pementasan Geng Lawak @PICC akan menggegarkan pentas Plenary dengan barisan pelawak individu dan kumpulan yang terdiri dari kumpulan JAMBU (Tauke dan Yus), OSAMA (Os dan Isma), SYJ (Shuk, Yassin dan Jihan), pelawak terkenal Kuah Jenhan serta Sabri Yunus sebagai pengacara yang bakal menghibur dan menggegarkan suasana. Kemunculan kumpulan muzik KL STREET DRUMMERS pada awal dan akhir pementasan akan menjanjikan kelainan dalam persembahan ini.
 
Usai pementasan Geng Lawak @PICC sekitar jam 11.00 malam, akan disambung dengan sesi ramah mesra penonton dengan barisan artis Geng Lawak @PICC bertempat di ‘Viewing Deck’ pada Aras 2, sementara menunggu acara ‘Countdown’ tahun baru 2014 iaitu ‘New Year Eve Cocktail Countdown’ @PICC yang akan berlangsung di ‘Viewing Deck’ Aras 1.
Penganjuran Sambutan Tahun Baru 2014 @PICC ini adalah sebagai langkah pertama untuk menjadikan PICC salah sebuah lokasi utama acara hiburan, seperti pementasan teater, ‘talk show’, serta konsert artis tempatan mahupun antarabangsa.
 
Tiket-tiket untuk menonton pementasan Geng Lawak @ PICC akan mula dijual pada 20 Disember 2013 di PICC dan juga di www.ticket2u.biz.
 
Senarai harga tiket adalah seperti berikut:

Kategori Tiket
Geng Lawak @PICC
New Year Eve Countdown
Bronze
Silver
Gold
Platinum
RM85
RM125
RM155
RM205
(Tempat duduk terhad)
RM88

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami ditalian 603-88876000 atau sila layari www.picc.com.my.

No comments:

Post a Comment