Sunday, December 1

Cinta pandang pertama

 
Johan dan Lana di Anugerah Skrin 2013

DI sebalik kehangatan acara Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang berlangsung di di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu, kehadiran pasangan sensasi, Johan As’ari dan Lana Nodin pastinya lebih mencuri tumpuan ramai.
Ia berpunca daripada kenyataan yang dibuat oleh Johan yang ingin menyunting pelakon seksi itu sebagai isteri selepas tiga hari berkenalan dengan lebih akrab. Menyedari kedua-duanya menjadi tumpuan, terutamanya para wartawan yang sedang membuat liputan majlis tersebut, pujian wajar diberikan kepada Johan dan Lana kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual dan melayan dengan baik setiap pertanyaan daripada wartawan.
 
Johan, 26, yang diajukan pertanyaan mengenai ‘drama’ terbaharu yang dicetuskannya itu menjelaskan, segala keputusan yang dibuat adalah disebabkan dirinya yang sudah jatuh cinta dengan pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Astana Idaman 3 itu. “Semuanya bermula apabila saya membaca artikel dalam sebuah majalah hiburan mengenai Lana yang ingin mencari seorang suami beriman. Kemudian ditakdirkan kami telah bertemu dalam sebuah majlis hiburan pada 18 November lalu.

 
Bercerita lebih lanjut mengenai perhubungan yang terjalin, Johan memberitahu, ketika majlis tersebut mereka sempat bertukar nombor telefon. Kemudian, pada sebelah malamnya pula mereka mengaturkan pertemuan bertemu di sebuah pusat beli- belah terkenal.
Berkenaan dengan keputusan untuk mendirikan rumah tangga pula, Johan memberitahu, buat masa ini masih belum ada tarikh tertentu lagi, namun berharap ia dapat dilangsungkan segera memandangkan usianya yang kini sudah menjangkau 26 tahun.
 
 
“Insya-Allah, sekarang kami mengharapkan doa yang terbaik agar hubungan ini terus berkekalan. Paling utama, sebagai seorang lelaki saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada Lana. “Lagipun, saya cukup gembira melihat banyak perubahan terhadap diri Lana terutama sekali penampilan dirinya sekarang. Misalnya, dia ikut permintaan saya supaya tidak memakai skirt apabila kami keluar bersama,” ujarnya. Menurutnya, buat masa ini dia dan Lana perlu kuat mengharungi segala cabaran yang mendatang, terutamanya untuk mengambil hati keluarga masing-masing agar hubungan yang akan dibina mendapat restu.
 

No comments:

Post a Comment