Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ini mengesahkan wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah Siti Aishah Abdul Wahab.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom mengesahkan kakak kepada mangsa "perhambaan psikologi" selama 30 tahun di London, Kamar Mahtum Abdul Wahab (gambar) berjaya menemui adiknya, Siti Aishah. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London, Datuk Seri Zakaria Sulong, berkata Kamar Mahtum sudah bertemu dengan Siti Aishah di sebuah lokasi rahsia. "Kamar Mahtum beri Aishah kain dan sejadah. Aishah diminta menulis surat kepada ahli keluarga di Malaysia.
Dalam usaha Kamar Mahtum, 73, menemui Siti Aishah, beliau mengirim surat melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk diserahkan kepada polis Britain supaya pesanannya dapat disampaikan kepada adiknya. Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah ditemani oleh bekas aktivis mahasiswa 1970-an, Hishamuddin Rais.
Pihak berkuasa United Kingdom semalam mengesahkan status Siti Aishah sebagai warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan dilahirkan pada 27 Mei 1944.
Kementerian Luar memaklumkan kes itu masih di peringkat siasatan.
Akses bagi mendapatkan maklumat lanjut adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data 1998 di bawah undang-undang tempatan United Kingdom. Pihak berkuasa tempatan masih belum memberikan akses terus kepada mangsa setakat ini. Kenyataan itu menyebut Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan mengambil langkah susulan bagi menentukan status mangsa daripada segi undang-undang.
No comments:
Post a Comment