Seramai 70 ahli Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP dan kakitangan Institut
Jantung Negara (IJN) menyertai siri jelajah kelima promosi kempen ‘Sayangi
Jantung Anda’ selama dua hari di Rompin, Pahang, bermula hari ini.
Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat Media Prima Berhad (MPB), Datuk Ahmad A Talib, berkata IJN adalah tonggak utama program itu yang membekalkan doktor dan pakar jantung bagi mendekati masyarakat luar bandar.
“Masyarakat luar bandar sukar ke bandar bagi menjalani pemeriksaan kesihatan terutama berkaitan jantung dan program seperti ini sangat bermakna kepada mereka. “Justeru, pihak kami secara tidak langsung bertindak sebagai fasilitator yang memberi pendedahan kepada orang ramai menerusi program seperti ini dan berkongsi pengalaman dengan penduduk terbabit,” katanya di majlis pelepasan konvoi membabitkan sembilan kenderaan yang terbabit dalam projek itu, di Balai Berita, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Mohamed Fauzi dan Timbalan Pengurus Pemasaran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi), Khairul Anuar Shamsudin.
Sebelum itu, Briged Sukarelawan MPB-NSTP sudah berkunjung ke FELDA Chini, Pahang, pada Jun tahun lalu; Pagoh, Johor pada awal Januari lalu; Jerlun, Kedah (Februari) dan Kuala Nerus, Terengganu (Oktober).
Program ‘Sayangi Jantung Anda’ dilancarkan kali ini bagi memberi perkhidmatan pemeriksaan percuma, servis imbasan dan perundingan berhubung penyakit jantung oleh pakar IJN. Ia turut mendapat sokongan Kelab 4x4 Kembara Selangor.
Penduduk sekitar Muadzam Shah berpeluang menjalani program saringan kesihatan
terutama berkaitan jantung di Dewan Besar DARA Muadzam Shah, hari ini dan majlis
sama diteruskan di FELDA Selendang 1, Kuala Rompin, esok.
Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat Media Prima Berhad (MPB), Datuk Ahmad A Talib, berkata IJN adalah tonggak utama program itu yang membekalkan doktor dan pakar jantung bagi mendekati masyarakat luar bandar.
“Masyarakat luar bandar sukar ke bandar bagi menjalani pemeriksaan kesihatan terutama berkaitan jantung dan program seperti ini sangat bermakna kepada mereka. “Justeru, pihak kami secara tidak langsung bertindak sebagai fasilitator yang memberi pendedahan kepada orang ramai menerusi program seperti ini dan berkongsi pengalaman dengan penduduk terbabit,” katanya di majlis pelepasan konvoi membabitkan sembilan kenderaan yang terbabit dalam projek itu, di Balai Berita, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Mohamed Fauzi dan Timbalan Pengurus Pemasaran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi), Khairul Anuar Shamsudin.
Sebelum itu, Briged Sukarelawan MPB-NSTP sudah berkunjung ke FELDA Chini, Pahang, pada Jun tahun lalu; Pagoh, Johor pada awal Januari lalu; Jerlun, Kedah (Februari) dan Kuala Nerus, Terengganu (Oktober).
Program ‘Sayangi Jantung Anda’ dilancarkan kali ini bagi memberi perkhidmatan pemeriksaan percuma, servis imbasan dan perundingan berhubung penyakit jantung oleh pakar IJN. Ia turut mendapat sokongan Kelab 4x4 Kembara Selangor.
No comments:
Post a Comment