Pemandu Malaysia, Jazeman Jaafar semakin mendekati impian bertarung dalam
Formula Satu apabila menjalani ujian penilian bersama pasukan Mercedes di
Litar Silverstone di sini, semalam.
Pemandu berusia 21 tahun itu yang mendapat tajaan PETRONAS iaitu rakan penaja
pasukan berkenaan berpeluang memandu kereta edisi 2011 yang dipandunya ketika
acara promosi di jalan raya di Kuala Lumpur dan penggambaran di Silverstone pada
Jun lalu.
"Saya sedar saya mahu mencapai tahap F1 tapi jika saya ada keraguan selepas hari
ini saya mahu lebih dan lebih lagi," katanya yang pernah berlumba dalam Formula
Tiga British dan Formula Renault 3.5 tahun ini.
No comments:
Post a Comment